top of page
Modern Office Building

Welcome to FWD TAKAFUL (ALC) NADI INSAN

INSAN BUDIMAN KAYA DERMAWAN

-MEREALISASIKAN KERJAYA IMPIAN-

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud :
“Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain.”

Home: Welcome
FOTO-INFO-COMPANY.jpg

KEISTIMEWAAN & KEKUATAN KAMI

KWSP memiliki 20% saham dalam FWD Takaful. Ini membuktikan FWD mendapat kepercayaan dan keyakinan institusi pelaburan dan kewangan di Malaysia.FWD Group ditubuhkan dengan paid up capital lebih daripada 30 Billion USD.


FWD Group bermula 2013 berpengkalan di Hong Kong. Kemudiannya kami mengambil alih brand ING di seluruh dunia. Kalau masih ingat, PETRONAS menggunakan perkhidmatan ING untuk plan perubatan kakitangan mereka.


Di Malaysia FWD Takaful wujud setelah mendapat kebenaran Bank Negara Malaysia untuk ambil alih HSBC Amanah Takaful. Kami menjadi pesaing hebat syarikat takaful di Malaysia.

Home: About
photo_2020-04-12_11-55-53_edited.jpg

Isu Berbangkit Dalam Industri Takaful Di Malaysia.

Soal isu berbangkit    #ISUpertama

Betul ke TAKAFUL ni platform terbaik untuk buat simpanan?

Bukan niat untuk menyalahkan atau memburukkan mana-mana pihak, tetapi sehingga kini masih ada lagi golongan tertentu yang tak serik mengaburi mata pencarum/penyumbang bahawa TAKAFUL adalah medium simpanan wang yang terbaik.

Terdapat beberapa syarikat takaful yang menawarkan akaun simpanan kepada pencarum. Istilah simpanan ini merujuk kepada produk berkaitan pelaburan yang mempunyai nilai tunai atau "cash value" yang ada di dalam tabung pencarum atau tabung pelaburan selepas menolak yuran wakalah. Ejen yang bertanggungjawab dan amanah adalah mereka yang mampu menyedarkan pelanggan mengenai kepentingan takaful malah bukannya dengan memberi harapan dan didkan yang palsu semata-mata. 

Malangnya.. bukan semua peserta sesuai dengan pelan takaful yang berkaitan pelaburan ini kecuali produk tersebut merupakan produk pelaburan tulen yang hanya menawarkan pakej pelaburan semata-mata untuk perancangan masa depan seperti pendidikan, kesinambungan hidup keluarga dan perniagaan. Oleh itu, ejen perlulah memahami keperluan  pencarum dengan pencarian fakta yang lengkap supaya pelan takaful yang mereka ambil memenuhi kriteria keperluan mereka dari segi faedah yang diperolehi (Individu, keluarga, kumpualn) dan jumlah sumbangan mereka yang sepadan dengan sumber ekonomi mereka.

Takaful mampu menjadi platfom sokongan kewangan yang kukuh dan mapan melalui perancangan persaraan dan pengurusan harta pusaka efektif.  Malangnya jika ejen terlalu membuat andaian bahawa takaful adalah tempat terbaik untuk menyimpan, kemungkinan ia akan merosakkan kepercayaan pencarum kepada ejen di masa akan datang. Pemilihan pelan takaful yang betul sangat penting untuk pelanggan kerana ia akan menjamin objektif dan matlamat utama iaitu menjaga kebajikan pelanggan itu sendiri di masa depan.

Jadi nasihat saya untuk para bakal pencarum yang sedang "survey" pelan takaful yang terbaik untuk diri anda, bijaklah dalam memilih ejen takaful dan pastikan anda mengetahui sedikit sebanyak latar belakangnya dari segi pengetahuan dan pengalaman. Pemilihan ejen akan mempengaruhi bentuk pelan takaful anda sendiri melalui nasihat yang disarankan oleh mereka. Please choose you egent wisely okee! Sebaik lulus saje kontrak takaful, ejen itulah yang akan berurusan dengan anda untuk sebarang claim dari company. Nak ke ejen yang hanya mulut manis? Then bila anda ditimpa musibah, ejen gagal menjadi  perantara yang effisien antara syarikat takful dan pencarum bagi proses tuntutan manfaat. 

So, please make some research about your future agent and takaful plan okee!

Good luck !

Home: Text

Alamak! Pelan Asas Takaful Tak Cover  Pampasan Penyakit Kritikal?

Soal isu berbangkit    #ISUkedua

Syukur jika kita mempunyai "medical card" dan masyarakat pon menyedari kepentingan pelan tersebut. At least kita dapat saving duit simpanan kita daripada kos bayaran rawatan hospital. Tapi anda perlu tahu, pelan asas kad perubatan tidak memberi "cover" untuk penyakit kritikal dan anda perlu meningkatkan kadar sumbangan untuk mendapat mafaat perlindungan tersebut.


Di FWD Takaful, FWD Family First adalah pelan pertama di Malaysia yang memberi perlindungan penyakit kritikal untuk seisi keluarga dalam satu perlindungan sahaja. Lebih istimewa lagi, jumlah perlindungan yang ditawarkan kami  adalah antara yang tertinggi dengan kadar sumbangan yang rendah.

Home: Text

  • 36 PENYAKIT KRITIKAL UTAMA

  • 20 PENYAKIT KRITIKAL RINGAN

Kini, pelanggan tidak perlu lagi membayar dan mengurus pelan individu untuk setiap ahli keluarga kerana ia fleksibel seiring dengan perubahan dalam keluarga dan boleh disesuaikan bagi memastikan setiap ahli keluarga sentiasa dilindungi.

Home: Image
CI-1.jpg
Home: Image

Pelan takaful penyakit kritikal untuk suami, isteri dan anak-anak daripada FWD takaful adalah amat unik dan yang pertama sepertinya. Biasa dengar pelan medikal kad famili, tapi pelan takaful penyakit kritikal famili inilah yang pertama.


Sebagai contoh, dengan sumbangan takaful RM 125 sebulan, keluarga anda dapat pelan perlindungan takaful sebanyak RM 125,000 untuk suami, isteri dan tiga orang anak.


Selain daripada hibah, keluarga anda juga dapat coverage seperti:-

1. Penyakit kritikal ringan sebanyak RM 25,000

2. Penyakit kritikal utama sebanyak RM 50,000

3. Kematian atas apa-apa sebab sebanyak RM 50,000

4. Sumbangan akan menjadi PERCUMA jika suami meninggal, dan perlindungan berjalan seperti biasa untuk isteri dan anak-anak

Home: Text
CI-2.jpg
Home: Image

Kini, anda tidak perlu lagi sukar untuk mengambil pelan bagi setiap seorang ahli keluarga. Satu pelan untuk semua dengan kadar sumbangan yang amat berpatutan.


Pelan ini juga amat fleksibel di mana kadar sumbangan takaful bergantung kepada jumlah anak dalam keluarga. Keluarga dengan dua orang anak kadarnya akan lebih murah daripada keluarga dengan lima orang anak.


Kemudian, jika ada rezeki tambah anak, boleh masukkan anak yang baru lahir dalam pelan keluarga dengan sedikit tambahan sumbangan.


Ya, ibu tunggal atau bapa tunggal dengan anak-anak pun boleh dapat pelan keluarga FWD takaful ini.

Home: Text
CI-3.jpg
Home: Image

JUMLAH PERLINDUNGAN YANG TINGGI

Di bawah pelan ini, ia menyediakan perlindungan keseluruhan sehingga 250 peratus daripada jumlah yang dilindungi, termasuk melindungi 36 penyakit kritikal utama dan 20 penyakit kritikal ringan untuk keluarga dan menyediakan manfaat kematian untuk ibu bapa.

CI-4.jpg
Home: Image

Soalan Lazim Mengenai Pelan Takaful Penyakit Kritikal Keluarga

#1 Apakah itu Penyakit Kritikal dan mengapa saya perlukannya?

Sekiranya anda diserang penyakit atau mengalami kecederaan yang serius, anda mungkin menghadapi masalah kewangan untuk membayar kos perubatan dan juga hilang pendapatan kerana terpaksa mengambil cuti.


Perlindungan penyakit kritikal membantu anda dengan menyediakan bayaran sekali gus sekiranya anda dilindungi daripada kemalangan atau penyakit yang serius, supaya anda boleh memberi tumpuan kepada rawatan pemulihan.

#2 Berapakah jumlah dilindungi yang saya perlukan?


Ia bergantung kepada:

>>   Jumlah yang anda perlukan untuk menampung keluarga sekiranya anda hilang pendapatan

>>  Saiz pinjaman anda dan lain-lain

>>  Liabiliti kewangan anda

-Jumlah yang anda ingin sumbangkan secara berkala

#3 Adakah Pelan Takaful Penyakit Kritikal Juga Melindungi Sebarang Ketidakupayaan Serius?

Ya, terdapat beberapa ketidakupayaan yang dilindungi, seperti buta, menjadi bisu, pekak dan kehilangan upaya untuk berdikari.

Adakah pelan ini sesuai untuk anda?

Jika anda menjawab ya kepada sekurang-kurangnya dua daripada senario yang dinyatakan di bawah, maka pelan ini sesuai untuk anda.

#1 Adakah kewangan anda akan terjejas teruk akibat kehilangan pendapatan yang berpanjang?

#2 Adakah anda inginkan satu pelan untuk seisi keluarga yang kosnya kurang daripada beberapa pelan individu?

#3 Anda dan keluarga anda belum lagi memiliki sebarang perlindungan penyakit kritikal?

Klik Link di bawah untuk maklumat lanjut

Home: Text

 FWD TAKAFUL?

TAK KENAL MAKA TAK CINTA

FWD Takaful? Tak pernah dengar pun sebelum ni, Syarikat Takaful baru ke?

Ya, FWD Takaful adalah syarikat Takaful terbaru dalam pasaran Malaysia. FWD Takaful mula beroperasi secara rasminya pada tahun 2019 selepas dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia mengambil alih lesen HSBC Amanah Takaful Malaysia Berhad.

FWDTakaful-brand-launch1.jpg
Home: Image

Bagaimana kedudukan kewangan FWD Takaful?

FWD  Group menguruskan aset yang bernilai lebih daripada USD 30 Billion sehingga 31 Disember 2018. Aset-aset ini meningkat dari masa ke masa.

Di Malaysia pula, FWD memperkenalkan FWD Takaful Berhad di mana pemilikannya adalah 49%, KWSP 20% dan 30% JAB Capital Berhad. Disebabkan modal berbayar FWD yang kukuh, KWSP mendapat restu kerajaan untuk memegang pegangan saham sebanyak 20%.

Apa kelebihan FWD Takaful?

FWD Takaful tampil dengan pelan-pelan unik di pasaran untuk membantu rakyat Malaysia memiliki pelan takaful yang komprehensif dan membantu menyelesaikan masalah kewangan sewaktu diuji dengan musibah. Ini termasuk menawarkan pelan pertama di pasaran yang cover pekerjaan-pekerjaan berisiko tinggi seperti pasukan polis, bom, bomba, tentera, oil & gas dan juga mereka yang terlibat dengan sukan extreme.

Syarikat juga memperuntukkan peruntukan yang tinggi dalam pembangunan sistem digital untuk memberikan pelanggan dan agen-agen pengalaman baru dalam dunia takaful.

Bagi agensi takaful yang mementingkan syarikat patuh syariah pula, ini adalah satu peluang yang hebat di mana FWD Takaful adalah syarikat antarabangsa yang beroperasi 100% sebagai syarikat takaful dan terikat di bawah akta Islamic Financial Services Acts 2013, IFSA 2013. Ini dapat mengelakkan agen-agen daripada melibatkan diri dalam menawarkan pelan-pelan insurans konvensional dan mengelirukan pelanggan.

INFO LANJUT

FWD Takaful Berhad, No. Pendaftaran 200601011780 (731530-M) adalah pengendali takaful keluarga di Malaysia. Pemegang sahamnya adalah FWD Life Insurance Company (Bermuda) Limited (sebuah syarikat Kumpulan FWD), JAB Capital Berhad dan Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Malaysia (KWSP).


FWD Takaful akan memanfaatkan pengalaman pan-Asia FWD Group untuk membangunkan dan menawarkan penyelesaian takaful kepada pengguna di Malaysia.

MENGENAI KUMPULAN FWD

FWD Group merangkumi Hong Kong & Makau, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura, Vietnam, Jepun dan Malaysia, menawarkan insurans hayat dan perubatan, insurans am, faedah pekerja, produk Takaful Syariah dan Keluarga di sebilangan pasarannya.


FWD difokuskan untuk mencipta pengalaman pelanggan yang segar, dengan produk yang mudah difahami, disokong oleh teknologi digital. Melalui pendekatan yang menitikberatkan pelanggan ini, FWD bertujuan untuk menjadi syarikat insurans pan-Asia terkemuka yang mengubah pandangan masyarakat terhadap insurans.

KEDUDUKAN KEWANGAN YANG KUKUH

FWD Group telah membeli kepentingan di dalam HSBC Insurance (Asia Pasific) Holdings Ltd di dalam HSBC Amanah Takaful Malaysia Bhd. Kemudiannya dijenamakan semula menjadi FWD Takaful Berhad.

Biarpun baru, FWD Takaful pastinya akan memberikan saingan dan nafas baru terhadap pelan-pelan takaful dan seumpanya di dalam pasaran takaful di Malaysia. Sebab itu, FWD Takaful mengeluarkan peruntukan yang besar dalam system digital untuk memberikan pengalaman baru kepada rakyat Malaysia sesuai dengan misinya “Changing the way people feel about Takaful”.

Berbicara tentang asal usul FWD, sebenarnya FWD adalah cabang perniagaan insurans bagi syarikat gergasi Hong Kong iaitu Pasific Century Group yang ditubuhkan di Asia pada tahun 2013.

Pacific Century Group mengambil alih perniagaan insurans daripada ING Group. N.V di seluruh Hong Kong, Macau dan Thailand. Ketika ini, FWD telah mengembangkanperniagaannya dan mempunyai cawangan di Malaysia,Hong Kong, Jepun, Macau, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura dan Vietnam.

Syarikat Pasific Century Group melabur sebanyak RM1.06 bilion untuk tempoh 5 tahun akan datang khusus untuk FWD Takaful di pasaran Malaysia.

Home: Text

Tiada Yang Lain Setanding Kami.

FWD Takaful hanya mengecualikan pembayaran manfaat kepada tiga kriteria iaitu - Bunuh diri atau kecederaan yang disengajakan ke atas diri sendiri; tindakan menyalahi undang-undang dan peperangan.

Foto-Blog-Background-Company.jpeg
Home: Image

Perlindungan Bagi Anggota Keselamatan

PHOTO-BLOG-8-1-826x1024.jpg
Home: Image

 Pekerjaan Berisiko Tinggi

 Pekerja Oil and Gas yang bekerja di pelantar minyak dan pekerjaan berisiko yang lain

Oil-GAS.jpg
Home: Image

Perlindungan Bagi Penglibatan Aktiviti Lasak

PHOTO-BLOG-7-1-853x1024.jpg
Home: Image

HIBAH TAKAFUL Sebagai Pelengkap TAWAKKAL Buat TERSAYANG

– PELAN YANG DICARI-CARI (COVERAGE TINGGI, BAYARAN SANGAT MURAH) 

Anggaran bayaran mengikut umur untuk Hibah Takaful RM 1 juta daripada FWD takaful (cover sehingga usia 80 tahun; caruman kekal tidak berubah):

Umur 30 tahun – RM263 sebulan

Umur 35 tahun – RM320 sebulan

Umur 40 tahun – RM414 sebulan

Umur 45 tahun – RM545 sebulan

RINGKASAN MANFAAT:

 Hibah Takaful RM1,000,000.00

– Pampasan Hibah sebagai sumber kewangan buat insan-insan tersayang meneruskan kehidupan.

 Pampasan Hilang Upaya Kekal/ Lumpuh RM1,000,000.00

– Sebagai dana kecemasan untuk membiayai kos kehidupan akibat hilang pendapatan.

 Perlindungan Penyakit Terminal RM1,000,000.00

– Pampasan segera untuk membantu meringankan beban seandainya diuji dengan penyakit terminal

 TAKAFUL PERCUMA RM100,000.00

– Selepas Claim Hibah Takaful, isteri akan mendapat Takaful Percuma RM100,000.00 selama 2 tahun.

 Manfaat khairat kematian RM100,000.00

– Manfaat akan dibayar segera selepas kemukakan salinan sah sijil kematian sebagai bantuan segera kepada waris untuk selesaikan urusan jenazah dan kos-kos berbangkit.

 PERCUMA Badal/ Upah Haji RM2,000.00

– Kewajipan rukun ke-5 peserta tetap terjamin walaupun selepas kematian.

 PERCUMA Khidmat Kaunseling RM2000.00

– Jika waris perlukan khidmat kaunseling selepas kematian orang yang dilindungi.

 PERCUMA Khidmat Guaman RM2,000.00

– Jika diperlukan selepas kematian orang yg dilindungi.

 Manfaat tambahan akibat covid-19

– PERCUMA pampasan tambahan RM20,000.00 sekiranya peserta diuji positif covid-19.

– Elaun hospital RM200 sehari, max 60 hari.

– PERCUMA pampasan tambahan RM5,000.00 sekiranya ahli keluarga peserta termasuk ibubapa diuji positif covid-19.

BERITA BAIK!!!

Untuk musim PKP ni, boleh daftar dalam talian sahaja. Cepat dan Mudah 


Nak Quotation PERCUMA?

KLIK BUTANG DI BAWAH

Home: Text
55A6DADA-E4F5-42FE-A7F3-BCA2A2505AEF.jpe
Home: Image
Warded_edited.jpg

FWD Future First - Hibah

Faedah pelan perubatan? Dapat tampung perbenlanjaan rawatan & hospital. Jika harini anda dijangkiti penyakit kritikal, syarikat takaful akan memberi perlindungan.  Namun jelas sekali kos sara hidup keluarga anda tidak berubah, tambahan pula anda bakal kehilangan pekerjaan disebabkan musibah yang melanda diri.

Kita perlu sedar bahawa setiap yang hidup pasti akan menemui Sang Pencipta kelak. At least selepas kita mati, ada bekalan harta yang kita wariskan untuk kelangsungan hidup yang tersayang.  Adakah anda mahu wariskan isteri dan anak-anak dengan hutang kereta, rumah & hutang rakan? Tinggal lah legasi untu keluarga anda, bukannya hutang!

Home: Image

Hibah, Hadiah Berharga Buat Mereka ;)

Hadith diriwayatkan daripada Nabi s.a.w dalam Sahih Bukhari,


"Tinggalkan anak dan isteri dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan mereka meminta-minta."

fwd takaful kuantan 6.jpg
Home: Image
We-are-hiring-1-1024x538.png
Home: Image

BAGAIMANA NAK JOIN SEBAGAI AGEN ALC FWD TAKAFUL?

Cara nak jadi agen takaful ALC FWD takaful ni sama je dengan prosedur yang biasa.


1.   Syarat dan kelayakan: Sesiapa sahaja dengan kelayakan minimum SPM dan berjaya dalam peperiksaan Takaful

2.   Basic Examination (TBE) layak untuk menjadi agen FWD Takaful di bawah ALC Nadi Insan dan buat pendapatan sampingan amat mudah dengan plan FWD Takaful yang terbaru.

APA KELEBIHAN SEBAGAI AGEN TAKAFUL ALC NADI INSAN FWD TAKAFUL?

  • Peluang yang amat BESAR untuk cari pendapatan sampingan/ utama dengan modal yang rendah.

  • Peluang masa bekerja yang flexible

  • Peluang menjadi BOSS sendiri dalam industri takaful yang bernilai berbillion ringgit seawal bulan ketiga penyertaan.

  • Tiada risiko dibuang kerja atau VSS

  • Pembangunan kerjaya profesional

  • Sistem perkongsian bisnes yang fleksibel dan mesra.

  • Peluang menjana pendapatan yang lumayan secara santai dan enjoy. Bagi mereka yang agresif boleh mencapai pendapatan 5 angka seawal bulan kelima selepas join. Bagi mereka yang santai pula tapi konsistan close sales minimum 2 kes dan merekrut seorang agen setiap bulan, boleh capai pendapatan 5 angka dalam tempoh setahun hingga 2 tahun.

  • Perniagaan boleh diwarisi oleh waris secara berdaftar dan pendapatan terus dimasukkan ke akaun waris berdaftar selama 6 bulan di mana waris dikehendaki lulus exam TBE dan berdaftar secara sah dalam tempoh 6 bulan.

APA KELEBIHAN PLAN FWD TAKAFUL?

Plan takaful FWD amat menarik dan harganya pula berpatutan. Senarai di bawah adalah di antara sebab-sebab utama kenapa ramai memilih plan FWD Takaful.

 Plan takaful PERTAMA di Malaysia yang disertakan manfaat Penyakit Terminal secara automatik.

 Plan takaful PERTAMA di Malaysia yang datang dengan manfaat tambahan selepas kematian iaitu:

  • Khidmat kaunseling yang bernilai RM2000 daripada panel FWD takaful maximum 10 sesi.

  • Khidmat guaman yang bernilai RM2000 sehingga maximum 3 sesi daripada panel FWD Takaful.

  • Badal/ Upah haji yang bernilai RM2000 di mana FWD Takaful akan menguruskan bayaran upah haji melalui panel pengendali yang bertauliah. RM2000 tunai akan dibayar kepafda waris sekiranya peserta bukan Islam. Ini akan memberikan ketenangan fikiran kepada peserta FWD takaful terhadap tanggungjawab menunaikan rukun Islam yang kelima ini. 


Plan takaful PERTAMA di Malaysia yang memberikan pelan perlindungan percuma selama 2 tahun yang bernilai RM100,000 kepada pasangan.

Plan takaful PERTAMA di Malaysia yang membayar pampasan pendahuluan segera sebanyak 10% daripada jumlah total perlindungan selepas menerima salinan sah sijil kematian.

Plan takaful PERTAMA di Malaysia yang hanya ada tiga pengecualian (exclusion)

  • Tidak cover bunuh diri dalam tempoh setahun usia sijil.

  • Perbuatan jenayah.

  • Peperangan. Selain daripada tiga pengecualian ini, semua boleh cover. Ini amat istimewa dan unik berbanding plan sedia ada di pasaran yang ada lebih daripada sepuluh pengecualian.

Pelan takaful PERTAMA di Malaysia yang cover pekerjaan berisiko tinggi seperti pekerja Oil and Gas yang bekerja di pelantar minyak dan pekerjaan berisiko yang lain.

Pelan takaful PERTAMA di Malaysia yang cover anggota keselamatan sewaktu bertugas seperti bomba, askar dan polis.

Pelan takaful PERTAMA di Malaysia yang cover sukan ekstrim dan lasak seperti sky diving, pelumba kereta dan penunggang motor profesional .

Menawarkan plan penyakit kritikal keluarga yang terbaik.

Plan kad perubatan (family medical card) keluarga yang diminati ramai.

Plan yang mampu milik dan dengan perlindungan mampu milik.

Plan takaful tanpa perlu investment link.

Home: Text

Kenapa Mesti Memilih Agensi
ALC NADI INSAN FWD TAKAFUL?

WAJIB ANDA KETAHUI!

  • Kenaikan pangkat melalui agensi korporat adalah lebih mudah dan cepat. Dalam agensi biasa, agen takaful wajib servis di antara dua hingga tiga tahun sebagai agen sebelum layak dinaikkan pangkat.

  • Ini termasuk syarat ketat yang lain, di antaranya mesti naik pangkat Assistant Unit Manager dahulu sebelum promotion, ada minimum seorang agen yang dinaikkan pangkat ke Assistant Unit Manager, produksi kumpulan terkumpul sebanyak RM 300,000 dengan minimum enam orang agen yang capai syarat minimum kontrak (syarat kenaikan pangkat berbeza mengikut syarikat).


  • Melalui agensi koporat ALC Nadi Insan, kenaikan pangkat adalah lebih mudah dan pantas. Anda tidak perlu tunggu dua tahun untuk naik pangkat dan menikmati pendapatan yang lebih besar. Syaratnya lebih mudah dan telus iaitu tiada syarat tempoh berkhidmat, hanya perlukan minimum 4 orang agen dan jumlah produksi terkumpul personal dan kumpulan sebanyak 50,000 ACE.


  • Dengan bimbingan yang betul, anda boleh naik pangkat dalam masa tiga bulan sahaja.


  • Agensi Korporat, ALC Nadi Insan memiliki pengalaman yang lama dalam industri semenjak tahun 2003.


  • Menggembleng sistem training secara fizikal & digital dan mengatur program pembangunan secara berterusan, sistem anugerah & insentif2 yang menarik demi memastikan seluruh warga Nadi Insan memiliki ilmu dan “positive energy” untuk terus maju jaya.

                    “Insan Budiman Kaya Dermawan” adalah motto dan falsafah kejayaan ALC Nadi Insan.


  • Maklumat lanjut akan diberikan semasa temuduga. Hubungi saya untuk temujanji online atau offline.

Home: Text

Sertai Kami!

Nota:

Kepada yang masih mencari peluang, jom sertai bisnes melalui Agensi Korporat NADI INSAN FWD TAKAFUL

Daftar segera sebagai ejen/ agen FWD Takaful bersama ALC Nadi Insan.

Selami erti dan falsafah Nadi Insan

“INSAN BUDIMAN KAYA DERMAWAN”

Klik link di bawah untuk maklumat lanjut, dengar sendiri sharing melalui NICE: Nadi Insan Career Exploration….

Read More
Home: Text

Contact Us

Contact us and find how our services can benefit your company.

+6 013 434 4563

  • twitter
  • linkedin
  • generic-social-link

Thanks for submitting!

Home: Contact

+6 013 434 4563

  • twitter
  • linkedin
  • generic-social-link

©2020 by FWD TAKAFUL (ALC) NADI INSAN.

bottom of page